Wednesday, July 11, 2012

Alam Kedua

Assalamualaikum
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bagi korang semua, pasti akan rasa terpikir untuk berubahkan? alam kedua merupakan alam yang ditunggu tunggu untuk menghitung amalan seharian kita..bagi aku, apa yang aku buat selama aku hidup ni belum cukup untuk menjaminkan aku untuk sampai ke tempat paling indah nun jauh disana..


 PENGHIJRAHAN?? hurmmm  :'(  aku tengah berusaha untuk melakukannya, untuk berubah memang senang , untuk menjalaninya , hanya memerlukan iman yang sangat sangat kuat. aku masih mencuba..


kadang kadang , bila aku tengok orang yang alim alim jalan depan aku.. aku tertanya kat diri aku sendiri , diorang ni bakal selamat.. tapi aku ?? tak di nafikan aku memang sebak time tuh.. macam mana pembimbing aku nanti? 


KAHWIN AWAL!???
ok! tutup mulut korang tuh.. :)  aku tau mesti ramai tersenyum senyum sendirikan dengan tajuk ni..
siapa pembimbing kita? siapa jodoh kita? bila jodoh tuh akan sampai? apa akan terjadi seterusnya, semua jawapannnya ada kat Allah swt  .


semalam aku stalker member sekolah aku punya gambar.. *sifat buruk aku , actly ambik berat je *  hahaha..
dia sebaya dengan aku, 20 tahun.. memang korang akan cakap, "alah biasalah kahwin awal ni "
ok nak tanya korang, yang selalu kahwin awal ni lelaki ke perempuan?

mesti majority akan cakap perempuankan?


jawapannya, member aku ni lelaki, lelaki kot!! kahwin time umur dia 19 tahun, gempak gila! nak bagi wife ko makan ape? minum ape? kan kan kan, korang mesti akan tanya macam tuhkan, serius, lelaki tu bukan ada pendapatan apa apa pun, tapi dia sekarang dengan wife dia bahagia and berjaya..sebab apa nak tau?? pikir sudut lain, first, dia sanggup susah senang bersama sama.. dia berani ambik risiko bersama sama, dah suka sama suka, terus je kahwin.. dia ikut jalan allah.. allah akan bimbing dia untuk kesenagan.. YA ALLAH  aku nampak tuh..  :'(


SWEET!

itu je yang aku yang aku nak cakap.. memang sangat sangat sweet.. macam tuh lah mak ayah yang seporting.. mengalakkan anak anak diorang kahwin awal.. bukan yang asyik pikir usia je. *jangan terasa, hanya luahan*





banyak sangat kelebihan kahwin awal nih.. kita ada kawan yang sentiasa susah senang dengan kita, kita ada kawan untuk bawa kita ke syurga. and kita ada kawan untuk menegur kita bila kita salah..


actually , aku nih dah merepek kan.. tapi serius aku cakap, DIORANG MEMANG SWEET!

yang perlu di sediakan sebelum melangkah ke alam perkahwinan, bukanlah duit, kemewahan or lain-lain.. kita just perlukan pengetahuan tentang ilmu agama islam!!  bukan lelaki je yang perlu memantapkan iman untuk mengIMAMi isteri dia.. tapi perempuan pun perlu iman yang teguh, kerana anda bakal melahirkan umat umat rasulullah.. kalau buruk iman ibunya, macam mana anaknya ingin menjadikan contoh, ye dak?

aku bukan ustazah.. tapi aku sedara seislam korang.. peringatan untuk aku dan untuk sesiapa yang sayang Allah.. aku tak baik, tapi aku mengajak korang untuk berubah.. :) aku tak pandai, tapi aku mohon korang boleh ajar aku.. :')

asalamualaikum 




No comments:

Post a Comment