Saturday, July 21, 2012

NEW DESIGN AND LIMITED!

ASSALAMUALAIKUM :)

NEW DESIGN AGAIN



berminat?? jom buat order disini  sini sini


Friday, July 20, 2012

new business :)

Assalamualaikum!

saya and membe member seperjuangan telah membuka satu laman yang di namakan ADF's Shop.. and we olls , u olls nak tau menjual pelbagai bagai jenis barang.. so korang korang, boleh usha page ni ye

mehy tengok mehy, ADF'S shop FB


mehy mehy..SALE SALE SALE... MURAH GILA!!! 

Ni antara barang barang yang kami jual..berminat?? jom lah ke FACEBOOK KAMI!!  ADF's Shop FB







SELAMAT DATANG!!!

Wednesday, July 11, 2012

Alam Kedua

Assalamualaikum
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bagi korang semua, pasti akan rasa terpikir untuk berubahkan? alam kedua merupakan alam yang ditunggu tunggu untuk menghitung amalan seharian kita..bagi aku, apa yang aku buat selama aku hidup ni belum cukup untuk menjaminkan aku untuk sampai ke tempat paling indah nun jauh disana..


 PENGHIJRAHAN?? hurmmm  :'(  aku tengah berusaha untuk melakukannya, untuk berubah memang senang , untuk menjalaninya , hanya memerlukan iman yang sangat sangat kuat. aku masih mencuba..


kadang kadang , bila aku tengok orang yang alim alim jalan depan aku.. aku tertanya kat diri aku sendiri , diorang ni bakal selamat.. tapi aku ?? tak di nafikan aku memang sebak time tuh.. macam mana pembimbing aku nanti? 


KAHWIN AWAL!???
ok! tutup mulut korang tuh.. :)  aku tau mesti ramai tersenyum senyum sendirikan dengan tajuk ni..
siapa pembimbing kita? siapa jodoh kita? bila jodoh tuh akan sampai? apa akan terjadi seterusnya, semua jawapannnya ada kat Allah swt  .


semalam aku stalker member sekolah aku punya gambar.. *sifat buruk aku , actly ambik berat je *  hahaha..
dia sebaya dengan aku, 20 tahun.. memang korang akan cakap, "alah biasalah kahwin awal ni "
ok nak tanya korang, yang selalu kahwin awal ni lelaki ke perempuan?

mesti majority akan cakap perempuankan?


jawapannya, member aku ni lelaki, lelaki kot!! kahwin time umur dia 19 tahun, gempak gila! nak bagi wife ko makan ape? minum ape? kan kan kan, korang mesti akan tanya macam tuhkan, serius, lelaki tu bukan ada pendapatan apa apa pun, tapi dia sekarang dengan wife dia bahagia and berjaya..sebab apa nak tau?? pikir sudut lain, first, dia sanggup susah senang bersama sama.. dia berani ambik risiko bersama sama, dah suka sama suka, terus je kahwin.. dia ikut jalan allah.. allah akan bimbing dia untuk kesenagan.. YA ALLAH  aku nampak tuh..  :'(


SWEET!

itu je yang aku yang aku nak cakap.. memang sangat sangat sweet.. macam tuh lah mak ayah yang seporting.. mengalakkan anak anak diorang kahwin awal.. bukan yang asyik pikir usia je. *jangan terasa, hanya luahan*





banyak sangat kelebihan kahwin awal nih.. kita ada kawan yang sentiasa susah senang dengan kita, kita ada kawan untuk bawa kita ke syurga. and kita ada kawan untuk menegur kita bila kita salah..


actually , aku nih dah merepek kan.. tapi serius aku cakap, DIORANG MEMANG SWEET!

yang perlu di sediakan sebelum melangkah ke alam perkahwinan, bukanlah duit, kemewahan or lain-lain.. kita just perlukan pengetahuan tentang ilmu agama islam!!  bukan lelaki je yang perlu memantapkan iman untuk mengIMAMi isteri dia.. tapi perempuan pun perlu iman yang teguh, kerana anda bakal melahirkan umat umat rasulullah.. kalau buruk iman ibunya, macam mana anaknya ingin menjadikan contoh, ye dak?

aku bukan ustazah.. tapi aku sedara seislam korang.. peringatan untuk aku dan untuk sesiapa yang sayang Allah.. aku tak baik, tapi aku mengajak korang untuk berubah.. :) aku tak pandai, tapi aku mohon korang boleh ajar aku.. :')

asalamualaikum 




Saturday, July 7, 2012

Resipi Ice Cream TVIQ

Assalamualaikum
------------------------------------------------------------------
Semalam aku tengok tv kat channel TVIQ , diorang ada tunjukkan cara -cara buat aiskrim yang senang.. 

aku cerita je, tapi aku tak buat pun, sebab tak da bahan bahan untuk try test.. hehehe.. tapi barang dia senang je, agak2 sesiapa yang rajin tengok TVIQ dia tau lah kot.. 

macam nih

bahan-bahannya:

1. cream
2. Milo or perisa coklat
3. susu
4. gula
5. bahan bahan tambahan, seperti oreo ke, m&m ke..


cara-caranya:

1. ambik milo dan campurkan dengan gula
2. masukkan cream dalam dua sudu 
3. susu dalam setengah cawan
4. campurkan bahan bahan tambahan, 
5. gaul rata, then simpan dalam peti ais, dan tunggu sampai keras
6. so siap!! hehehe

tak da lah sesedap mana, tapi boleh lah kan.. kalau buat sendiri ni..kan kan kan


nanti rupa , ala ala inikan..wah wah.. *google sahaja* hehehe

Friday, July 6, 2012

Bola Bola Bola

Assalamualaikum
------------------------------------------------------------------------------

hey hey hey

Dengan bertemakan tajuk bola bola bola.. ok jah ni mak nak cerita sikit ni.. mak first time datang stadium untuk tengok bola.. hah! gempak starz x? kan kan kan

sebagai makhluk tuhan yang tidak suka permainan bola sepak ini, seharusnya tidak perlu berada di stadium ini kan? tapi selepas di DIPAKSA oleh kedua ibu bapa, aku terpaksa akur *cewahh  hahahah

ok start kat sini

aku pergi stadium kat Petaling Jaya , dekat ngan area paradigm mall .. perlawanan antara nogori abah den dan PKNS selangor. 

keadaan di dalam stadium petaling jaya.. mata aku tak dapat zoom langsung , muka pemain.serius! percayalah

ok..cuba try fokus kan mata anda di abang-abang rela kat bawah tu.. dia usha korang!! hahaha

first aku tengok perlawanan ni bermula, aku tengok RELA tu je.. sian diorang , kene berdiri tegak je kat situ.. aku try lah ba-bye diorang.. diorang taknak senyum jah!! kengkonon nak kasi diorang happylah sikitkan.. then buat dono je.. sian aku.. dah lah bosan.. 

baru je beberapa minit aku perlawanan bermula.. negeri sembilan dah masok kan gol.. ape lagi!! aku pon ambik lah gamba.. tapi gambar aku lah..hahaha orang first time datang stadium, mulut kena kasi bukak sikit..hahhaha

pistttt pisstttt  akak Rela belakang tuh pon garang oh.. seriusss..iye iye


nampak tak budak tu?? aku nye handphone tak boleh nak zoom jauh-jauh..so kabur lah sikitkan.. sian jugak kat dia..asyik kutip bola je.. aku nk ba-bye, dia tak nak pusing so.. aku bersimpati dari belakang jela ye.. Adik!! akak support dari belakang ye!!  :')

nampak tak gambar budak budak tuh.. diorang penyokong nogori .. masa nogori bermain, siap monyayi nyayi laie.. wahh semangat yoo.. koboranian ea torsolah gilo.. mano tak ea, datang sendiri sendiri yo, mak ayah ea mano ado.. tabik lah kek korang ni.. somangat nogori!! hahaha *abih terabor bahasa abah den*

ok, nih adik adik aku yang buat sampah ehh.. bukan aku!

aku cukup menyampah ngan benda alah ni.. sakit gile telinga aku.. adehhh..kot orang nogori sombilan tak dongar laie, tak tau lah den do..

ok..cukup di situ.. abah den balik dengan perasaan yang hampa.. sobab ea! negeri sembilan kalah lah.. hahaha.. PKNS menang 2-1.. hahaha sian je pulang.. hahaha.. aku gembira je.. sebab aku nak PULANG!

yay yay! kemenangan berpihak kepada aku! yay yay! hhehe

sekian terima kasih bubye! asalamualaikum!  :)